Copyright 2024 - Smart Tahfiz

Fasa Pemilihan

 

Pengajian program ini akan disesuaikan dengan minat dan kecenderungan pelajar terhadap program-program yang akan ditawarkan oleh pihak KOLEJ YAYASAN PAHANG. 

Penilaian ke atas pelajar akan dilakukan sebelum program dijalankan bagi memastikan kecenderungan pelajar untuk mengikuti bidang pengajian yang dipilih. 

Pelajar boleh memilih di antara bidang akademik dan kemahiran. 

 

PROGRAM HAFIZ ILMUAN

Bagi Program Hafiz Ilmuan, pelajar akan dibantu selama 16 bulan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian bagi subjek-subjek terpilih dan pada waktu yang sama pengajian al-Quran dan Hadith serta hafazan akan dijalankan serentak. Selain daripada subjek ko-kurikulum yang membantu kepada pembentukan akhlak dan keyakinan diri pelajar. 

Setiap pelajar yang menyertai program ini akan didaftarkan sebagai calon persendirian (kod Calon E) dan juga akan hanya mengambil minimum enam (6) mata pelajaran wajib teras SPM sahaja iaitu : 

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains 

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Jordan, pelajar dikehendaki mengambil 5 mata pelajaran teras di atas kecuali mata pelajaran Pendidikan Islam dengan penambahan tiga mata pelajaran lain iaitu: 

Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah 

 

   SYARAT KEMASUKAN HUFFAZ ILMUAN 

Kepada para Huffaz yang berminat dengan Program Huffaz Ilmuan mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: 

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta sihat tubuh badan. 
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris serta boleh mengira dan menghafal dengan baik. 

  

   SYARAT MINIMUM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Kepada para huffaz yang berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam bidang kemahiran amatlah mudah kerana syarat yang dikenakan oleh (JPK) adalah minimum untuk ditauliahkan Persijilan Kemahiran Malaysia. Calon-calon yang berminat mestilah: 

  • Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas serta sihat tubuh badan. 
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik serta mempunyai tahap kesihatan yang baik.
f t g m