Copyright 2024 - Smart Tahfiz

Mengenai Program

Pada ketika ini, pengajian Tahfiz al-Quran dan ta'lim diniyah di Malaysia berkembang begitu pesat dan mendapat permintaan tinggi dari masyarakat disebabkan oleh kesedaran masyarakat akan keperluan dan kepentingannya. Namun begitu, kebanyakkan madrasah dan institut tahfiz al-Quran tidak berada dalam arus perdana pendidikan yang menyukarkan pelajar-pelajar lepasan institusi tersebut untuk meneruskan pengajian mereka.

 Objektif utama Program Smart Tahfiz ini adalah seperti berikut:

1. Memberi peluang yang lebih jelas dan terjamin kepada tiga golongan di atas untuk menyambung pengajian dan tamat dengan memperolehi pendidikan akademik atau kemahiran.

2. Menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif kepada tiga golongan di atas.

3. Mewujudkan dan meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja golongan di atas melalui jaringan pengajian tinggi dan industri yang berdaya saing.

 

Program Smart Tahfiz ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada para penuntut ilmu sepertimana berikut:

  PELAJAR LEPASAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN 

  PELAJAR LEPASAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA 

  PELAJAR-PELAJAR TERCICIR PEMBELAJARAN

 

Program Smart Tahfiz ini dapat direalisasikan melalui kecederungan mereka terhadap kursus pilihan yang ditawarkan oleh pihak KOLEJ YAYASAN PAHANG sama ada di bidang akademik ataupun kemahiran.  Adalah diharapkan dengan kewujudan program ini, akan mengiktiraf dan memartabatkan golongan Huffaz al-Quran yakni Halamatul al-Quran dan pencinta ilmu Islam di Negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya.

 

 

f t g m